Saturday 20 December 2008

19/12/2008
Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG terharu dengan rayuan penoreh getah di Sik dan Baling yang meminta kerajaan membantu mereka menghadapi keperitan hidup akibat kejatuhan teruk harga getah sekarang. Rata-rata mereka adalah penduduk kampung pedalaman yang daif dan miskin.

Mereka ini tidak memberontak dan sebaliknya menyalurkan rayuan secara berhemah kepada pemerintah.

Sementara satu lagi senario, sebuah pertubuhan dipercayai dinaungi pembangkang dikenali Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) telah berarak dengan mengayuh basikal untuk mendesak kerajaan memenuhi kehendak mereka. Rata-rata mereka diwakili oleh satu kaum sahaja.

Semasa tiba di Parlimen semalam - ahli Parlimen pembangkang menyambut mereka bagaikan satu pesta. Ahli-ahli Parlimen itu turut ‘tumpang sekaki’ mahukan publisiti murahan. (Lihat gambar di muka 7).

Lebih dikesalkan kumpulan itu turut mengeksploitasi remaja untuk menyertai mereka.

Awang faham dengan kedua-dua senario itu. Cuma kita berharap biarlah rayuan itu disalurkan secara betul dan berhemah - dan bukan untuk menyusahkan semua pihak.

Awang – Pakar tersurat, tersirat.

_____________________________

Pakar betul si Awang, kira golongan intelek-tua-l, isi tersurat dan tersirat boleh ditafsirkan, macam pelajar Tingkatan Lima buat rumusan Bahasa Melayu. Awang tidak pernah mengatakan dirinya buta, jadi agaknya Awang ini menutup matanya tiap-tiap hari. Kasihan sungguh Awang, bagaimana nak menggelar dirinya intelek-tua-l jika terus menutup mata? Entah siapa sebenarnya Awang ni, mungkin dia memang buta, tetapi kita tidak tahu. Jika En. Awang ni betul-betul buta, saya meminta maaf. Jika mempunyai mata yang berfungsi, sila lihat gambar di bawah. Satu-satunya kaum yang disebutkan di atas nampaknya pelbagai rupa dan warna.

 - Fotopages.com

No comments: